Clicky

December 08, 2011

FB Story: Pergaduhan Nenek-Moyang

This is a Facebook Story
Malam semalam saya terlibat dalam satu adegan berbalas laser. Pelik, satu post yang mengandungi 5 perkataan boleh menghasilkan sampai 62 komen. Tapi yang membuatkan 62 komen tu hanya 2 orang je. Hijazz adelah post sikit-sikit tapi yang mendominasi komen-komen tu saya dan En.Penguin

So, apa yang kita berlaser sangat tu? 

Pada mulanya Hijazz add saya dalam Family Relationship sebagai nenek dia. Helo? Orang muda macam saya mana layak jadi nenek. Maka saya pun attacklah wall dia dan kata: Banyaklah aku ni NENEK ko!! Pastu barulah En.Penguin muncul menyibuk. 

Untuk pengetahuan anda, En.Penguin a.k.a Mohd Asyraaf bin MD Diwi ialah juara mulut laser kat Sekolah Rendah dulu. Lebih-lebih lagi dulu saya duduk sebelah dia jadi saya tahulah camne perangai dia dan survival guide apabila duduk sebelah dia. Kalau kitaorang bergaduh tu memang perkara biasa. Macam anjing ngan kucing.

Tapi semalam lawan mulut memang best. Kita takdelah mencarut ke apa. Mencarut tu untuk orang yang tak matang dan takde apa nak dicakap je. You know, dialah orang yang paling seronok sekali kalau nak gaduh. Kalau ngan orang lain dah cepat give up dah. Hmm nanti jelah saya cerita pasal En.Penguin dalam Siri CSR akan datang.

Yang kelakarnya, bila Hijazz tengok kitaorang gaduh, dia cepat-cepat pergi hantar Family request yang baru. Kali ni cousin pulak. Haiish....

OKlah, kalau nak tengok pergaduhan penuh tu klik di sini.

Setakat itu sajalah untuk hari ini. Buhbye!

No comments:

Post a Comment

 
Animated Rainbow Nyan Cat