Clicky

December 23, 2011

Ceq Nak Pi Kedah

Hari ini hari Jumaat bersamaan 24 Disember 2011. Ini bermakna besok 25 Disember. Siapa tau apakah hari penting pada 25 Disember? Krismas?? Oh tidak, Krismas saya tak sambut. Tapi apa yang saya sambut pada 25 Disember besok ialah hari perkahwinan pakcik saya iaitu Shanizaman Sharif bersama bakal makcik saya, Hasmayati Abu Bakar.

Bakal auntie saya adalah orang Utara a.k.a Kedah. So besok pagi kami sekeluarga kena bertolak dari Seremban ke Kota Sarang Semut(Kedah). Perjalanan mungkin mengambil masa 8 jam atau kurang. So besok if you need me, I won't be there okay.

Anyway kitaorang akan tidur di sana selama 1 malam. Takkan nak berlama-lama pulak? Yang tak sukenye kena pek baju. Mama dah siap kata dah baju apa yg nak dibawa. Baju tidur 1, Baju kurung 2, Baju blah blah blah......Redha je.


Okaylah...setakat tu saja dari saya hari ni. Nanti kalau dah balik Kedah nanti mungking ade new post ke. Ceq tengah nak siapkan Siri CSR Nombor 3. Orangnya? Huhuhu...rahsia tapi dia salah seorang yang sangat popular. Pandai bercerita dan garang orangnya. Dah dapat? Belum? Sabar je lah yer.

No comments:

Post a Comment

 
Animated Rainbow Nyan Cat