Clicky

December 25, 2011

CSR:Nurul Ainun Amni Hasanah bt Othmarani

Amni
Nama: Nurul Ainun Amni Hasanah bt Othmarani
Tarikh Lahir:10 Februari
Tempat Tinggal: Taman Seri Pagi
Sekolah: SMK Seri Pagi
E-mail: amni_othmarani@yahoo.com
Facebook:Nurul Ainun Amni Othmarani 

Amni..Amni..Amni.......Salah satu nama yang susah nak dilupakan waktu sekolah rendah. Kenape? Pengenalan: Saya mula berkawan dengan Amni sejak darjah 1. Kitaorang bagai isi dengan kuku. Asyik berkepit sepanjang masa. Kekadang rimas jadinya. Seperti orang suruhan, buat tu buat ni. Nak bantah? Tak berani. Mental dan Fizikal kena dera. Singa betina, mak tiri itulah gelarannya.

Tapi sejak masuk Tahap 2, hubungan kami makin renggang. Kalau dulu nak kawan dengan orang lain pun takboleh, kini aku bebas nak kawan dengan satu kelas. Tidak lagi ke hulu ke hilir bersama-sama. Aku dengan orang lain, dia dengan kawan dia. Hooray! Merdeka! 

Sejak masuk tahap 2 juga, perangai dia mula berubah sikit demi sedikit. Tidak lagi singa garang dan queen control. Dia jadi semakin baik. Tak heranlah kalau aku mula suka balik kawan dengan dia. Waktu pergi MITC Melaka duduk bersama. Siap bergurau senda sekali. Kecuali aku yang asyik terkena balik :P

Oklah sampai di sini sahaja coretan kali ini. Anda dipersilakan untuk beri pendapat siapa orang yang seterusnya dalam siri CSR. 

December 23, 2011

Ceq Nak Pi Kedah

Hari ini hari Jumaat bersamaan 24 Disember 2011. Ini bermakna besok 25 Disember. Siapa tau apakah hari penting pada 25 Disember? Krismas?? Oh tidak, Krismas saya tak sambut. Tapi apa yang saya sambut pada 25 Disember besok ialah hari perkahwinan pakcik saya iaitu Shanizaman Sharif bersama bakal makcik saya, Hasmayati Abu Bakar.

Bakal auntie saya adalah orang Utara a.k.a Kedah. So besok pagi kami sekeluarga kena bertolak dari Seremban ke Kota Sarang Semut(Kedah). Perjalanan mungkin mengambil masa 8 jam atau kurang. So besok if you need me, I won't be there okay.

Anyway kitaorang akan tidur di sana selama 1 malam. Takkan nak berlama-lama pulak? Yang tak sukenye kena pek baju. Mama dah siap kata dah baju apa yg nak dibawa. Baju tidur 1, Baju kurung 2, Baju blah blah blah......Redha je.


Okaylah...setakat tu saja dari saya hari ni. Nanti kalau dah balik Kedah nanti mungking ade new post ke. Ceq tengah nak siapkan Siri CSR Nombor 3. Orangnya? Huhuhu...rahsia tapi dia salah seorang yang sangat popular. Pandai bercerita dan garang orangnya. Dah dapat? Belum? Sabar je lah yer.

December 15, 2011

Killing Game - Killing The Killer

Baru-baru ni, dua orang kawan saya tag saya untuk satu post di blog mereka. Kalau nak tengok post tu klik di sini dan sini. Post itu bertajuk Killing Game. Here are the rules:

  *Da Rulez:
-Anda perlu post peraturannya.
-Setiap orang perlu post 11 sesuatu tentang dirinya
-Anda perlu jawab soalan orang yang men'tag' awak
-Anda perlu cipta 11 soalan untuk orang yang anda tag perlu jawab
-Pergi ke page diorang dan beritahu mereka yang anda sudah tag mereka
-Takleh tag balek ;D

 *11 Things About Me:

-Saya suke main game. As in suke GILER GILER.
-Saya suke buat lawak (walaupun hambar :'( )
-Saya ni nocturnal( suka berjaga malam ) dan kekadang leh jaga sampai kul 4:00 pagi.(paling lewat kul 7:00 pagi)
-Saya ada diari kartun Domo. Kalau saya nak mula tulis saya mulakan dengan "Dear Domo Domo"
-Warna kegemaran saya ialah Biru dan Pink. ^o^
-Saya suka melukis. Tapi saya rasa lukisan saya buruk GLER. 
-Tulisan saya macam cakar ayam tapi kalau nak bandingkan ngan tahun lepas, lagi baik lah...
-Saya suke membaca. Kat SMAPL saya dpt anugerah peminjam terbanyak kat perpustakaan. Bangga bangga.....
-Saya ada penyakit asthma. Tulah saya takleh nak lari..:'(
-Saya ni suke tengok fanart dan baca fanfiction. Beshh sgt
-Saya.Benci.Shopping.Dan.Allergic.Dengan.Kucing
Okay mari kita jawab soalan-soalan mereka:

=Killer Questions From Mizan=

1. Apakah yang anda akan lakulan ketika anda bosan? Huraikan kenape buat bende tu.

=Kalau saya busan, saya akan main game, buli adik, baca novel, baca fanfiction dan tengok fanarts atau video kat Youtube. Why? Because its freaking awesome!=

2.Kalau anda suke seseorang tu, apakah yang anda akan lakukan?

=Kalau saya suka seseorang, saya akan jadi stalker dia dan cuba ambil tau pasal dia. Paling teruk pun saya hafal no plat kereta dia. Haha G-I-L-A kan? Neh tipu je..kalau saya suke seseorang tu saya akan tunjukkan secara senyap seperti tolong dia study=

3.Kalau anda dikahwin paksa, apakah yang anda akan lakukan? Bantah atau teruskan tanpa sebarang kata?

=Kita perlu faham yang setiap orang ada hak dan privasi dan kita berhak untuk menyuarakannya. Kalau takleh maka redha dengan jodoh kita. Mana tau kita akan bercinta selepas berkahwin?=

4.Pernahkah anda terfikir untuk pulang ke zaman kanak-kanak? Bagi sebab.

=Kalau jadi kanak-kanak ni macam takde masalah. Takde sekolah, takyah buat chores, leh main ngan makan gula-gula. Orang manjakan, orang sayang=

5.Anda benci dekat seorang budak lelaki tu, pada suatu hari, dia merayu untuk bercouple dengan anda. Apa yang anda akan lakukan?

=Ugh, no way. Kena reject lah mamat tersebut=

6. Azam anda apa untuk tahun depan?

=Nak masuk balik dlm top 10! Dan tak nak procrastinate lagi= 

7.Pernah merajuk dengan parents anda? Kenapa?

=Err....ada banyak sebab. Tak tau nak taip yang mana=

8.Jika anda menjadi kartun, kartun apa yang anda nak jadi?

 =Upinlah! Sebab hidup dia cuma seronok, seronok, seronok dan BAM! Kene lempang ngan Kak Ros=

9.Anda pernah bercinta?Seronok tak?

=Okay...saya tak pernah bercinta. so HAH!= 

10.Apakah kelemahan anda? dan apa kelebihan anda?

=Kelemahan: Mulut laser ( since 2010 )
Kelebihan: Badan cukup sifat. Ada mama & papa yang caring. Kawan yang fantastic.=

11.Anda rasa bila anda sudah besar, boleh ke anda menjaga mak ayah anda seperti mereka menjaga anda waktu kecil?

=InsyaAllah.....kalau saya mampu dan umur saya panjang= 


=Killer Questions From Hijazz=

1.Sape BF/GF kau?

=Eishh...takkan tak kenal Mr.Nobody kot?=

2.Adakah kau ni pemalas? Sebab.

=Ok, saya memang pemalas tahap gaban and it doesn't need a reason=

3.Kau geli Lipas/Lipan/Cicak/Kucing tak? Sebab.

=Lipas & Lipan tak geli sangat. Kucing ye sebab trauma selepas kaki pernah cakar dek kucing waktu umur 5 tahun. Cicak sebab dia lembik kalau dipicit, YUCK!=

4.Siapa org yang kau benci? Klau ade FB kasi link

=Bencibencibenci......ramai jugaklah tapi tak nak bagitau nanti lagi rosak hubungan=

5.Kau Mata Duitan Tak?

=Oh yes! Money makes the world go round!=

6.Kau ni Pemarah? Sebab?

=When people pissed me off, I get really mad=

7.Kau ni kaki shopping?

=Oh tidak sama sekali. Shopping adalah benda paling benci. Kalau mama ajak shopping mesti ngeliat tak nak ikut=

8.Barang ape yang kau suke? Sebab?

=Mestilah my Nintendo DS Lite. Sebab my Pokemon is in there!=

9.Adakah kau ni "KIDDOS" lagi?(Suke tgk citer kartun) 

=Yes, yes I am (Ayat tiru citer Phineas And Ferb)

10.Adakah kau ni kaki online? Sebab.

=Of course lah brader. Saya leh online sampai kul 4 pagi kottt!=

11.Kalau kau suke orang tu ape reaksi kau?

a.I LOVE YOU
b. Yayang jom kawen cepat nak

=Mestilah A. Seperti yg kita tahu, lelaki tak suka dipaksa. Dan saya bukan jenis yang mengeluarkan ayat-ayat gedik seperti B= 

Sekian sudah saya menjawab Killer Questions daripada 2 org kawan saya. Kini saya pulak yang kasi Killer Questions.

>Cass's Killer Questions<

1. Kalau anda org Islam maka tulis Rukun Islam
2. Apakah pengalaman anda yang paling memalukan?
3.Game apa yang anda paling suka?
4.Siapakah cinta pertama anda?
5. Nyatakan alahan anda.
6.Pernah tak anda mencederakan atau tercederakan seseorang sampai berdarah?
7.Apakah pendapat anda tentang Kiamat 2012? Percaya? Tahyul?
8.Adakah anda menutup aurat kalau keluar rumah? 
9.Kalau anda pergi shopping, kedai apa yang anda pergi dulu?
10.Ada ke orang benci awak?
11. Tulis salah satu rahsia besar awak

Orang yang terpilih ialah......jengjengjeng.........

  Tasha-Irdina-Naqibah-Anis.F-Nisaq-Mizan-Hijazz

December 14, 2011

Game On!: Happy Wheels Horror

Game On! Series

Apabila korang dengar game Happy Wheels apa yang korang fikir? Game tu seronok? Gembira? Untuk budak-budak? Hehe....Seronok tu memang betul. Gembira dan untuk budak-budak? Oh salah sama sekali....

Untuk pengetahuan korang semua, Happy Wheels adalah sebuah game dimana korang akan mati dan cedera banyak kali apabila korang cuba ke garisan penamat. Mula-mula korang pilih level yang korang nak pastu pilih karakter yang korang suke( kekadang takde so korang redha jer) and then Hell Begins!




Don't we just love gory games? Well I do! Anyway tu jelah post hari ni. Kalau nak try main click the link above. Toodles!



December 13, 2011

Dec 13: Happy Birthday..........Derp 8D

Happy Birthday To You, Happy Birthday To You. Happy Birthday To The-Most-Dorkiest-Person-In-The-Whole-Damn-World..... Happy Birthday To YOU!


Hehe, hari ini hari jadi adik saya yang bernama Nur Felicia Denissa. So you ask, apa hadiah yang saya kasi kat dia? Hehe...hadiah yang saya beri sangat lah special sampai dia berubah jadi Over Dramatic Drama Queen. 

Nak tau? Hadiahnya 1 set lengkap penderaan. Set itu mengandungi cucuk perut, ejek, pukul-pukul manja, neck-taunting dan dia kena bayar RM10. Saya kakak yang hebat kan? kan?

Anyway jelah...hari-hari camni datang setahun sekali jer. You must enjoy it to the fullest rrrrrright? 

Jangan lupa yer B-Day saya 24 March nanti huhuhu ;)



December 11, 2011

FB Story: Game Lag!!

This Is A Facebook Story

Due to boarding school, its been awhile since I played Facebook games and replying game requests. Now, its school holiday and I'm free to use the internet (after I did my daily chores that's it ):-} ) 

So, when I want "replay" the games that I use to play and try to get active, guess what? The game won't load or just lagged. I can almost imagine myself making a Rage Face like this:
I know right? It really gets on your nerves. I mean like: Loading 1%(2 hours) can you stand that? It says clear your cache and browsing history. Okay so I did that and it does get a little fast like: Loading 1%(1 hour). See what I mean?

Anyway, maybe its my connection problems or something something....
Okay enough of my ranting. Over and out.

December 08, 2011

FB Story: Pergaduhan Nenek-Moyang

This is a Facebook Story
Malam semalam saya terlibat dalam satu adegan berbalas laser. Pelik, satu post yang mengandungi 5 perkataan boleh menghasilkan sampai 62 komen. Tapi yang membuatkan 62 komen tu hanya 2 orang je. Hijazz adelah post sikit-sikit tapi yang mendominasi komen-komen tu saya dan En.Penguin

So, apa yang kita berlaser sangat tu? 

Pada mulanya Hijazz add saya dalam Family Relationship sebagai nenek dia. Helo? Orang muda macam saya mana layak jadi nenek. Maka saya pun attacklah wall dia dan kata: Banyaklah aku ni NENEK ko!! Pastu barulah En.Penguin muncul menyibuk. 

Untuk pengetahuan anda, En.Penguin a.k.a Mohd Asyraaf bin MD Diwi ialah juara mulut laser kat Sekolah Rendah dulu. Lebih-lebih lagi dulu saya duduk sebelah dia jadi saya tahulah camne perangai dia dan survival guide apabila duduk sebelah dia. Kalau kitaorang bergaduh tu memang perkara biasa. Macam anjing ngan kucing.

Tapi semalam lawan mulut memang best. Kita takdelah mencarut ke apa. Mencarut tu untuk orang yang tak matang dan takde apa nak dicakap je. You know, dialah orang yang paling seronok sekali kalau nak gaduh. Kalau ngan orang lain dah cepat give up dah. Hmm nanti jelah saya cerita pasal En.Penguin dalam Siri CSR akan datang.

Yang kelakarnya, bila Hijazz tengok kitaorang gaduh, dia cepat-cepat pergi hantar Family request yang baru. Kali ni cousin pulak. Haiish....

OKlah, kalau nak tengok pergaduhan penuh tu klik di sini.

Setakat itu sajalah untuk hari ini. Buhbye!

Rainbow Trails Of A Pop Tart Cat

NYAN CAT!
Yes, I'm talking about the ever popular pop tart cat. I mean its everywhere on the net! On photobucket, deviantart, youtube, facebook, blogspot and an app in Android Market. Seriously, even its Youtube video has like over 51 million views and growing as I write this. Ok I just want to know why is everyone so obsessed with it? Its cuteness? Its song? Or even people are just trying to follow the trends? Not that I hate it or anything but when it gets repeated again and again, yeah it gets boring. You might get something like this:
Creepy right? Anyway for those who are wondering what am I talking about, you can view the original Nyan Cat video here. Prepare for cuteness:
 

November 30, 2011

CSR: Nur Aida bt Ayub

 
Nama: Nur Aida bt Ayub
Tarikh Lahir: 8 June 1998
Sekolah: SMK Seri Pagi
Hobi: Main game, Berborak
E-mail: ayie_aida@ymail.com
Facebook: Nur Aida
                                             
Gambar di atas ialah gambar one of my besties at SKTSP. Hubungan kami bagai isi dan kuku, bagai cangkul dan tanah, bagai aur dan tebing. Hah! Rapat kan? Macam mana saya boleh kenal dengan dia? Basically she is a friend of my friend. Kami kenal waktu darjah 5. Pastu kita pergi latihan rumah sesama. 

Bila Tahun 6, lagilah rapat. Hampir setiap pagi sebelum loceng berbunyi kitaorang jalan-jalan satu sekolah. Pastu kita pergi pulak kat belakang Makmal Komputer untuk lepak. Bila ada pekebun lalu je kitaorang cabut. Mestilah tak nak orang lain kata kita mengamalkan budaya lepak kan? Tercemarlah imej saya nanti ;) 

Kitaorang selalu kongsi masalah samaada berkaitan dengan pelajaran, kawan, keluarga dan lain-lain. Kita lagi rapat bila tempat duduk dipindahkan sejak bulan Julai. Waktu akhir tahun pula kitaorang main Uno ngan Princess Memory Game. Sanagat lah best. Dia ni pun pandai berlawak. Bila kitaorang berlawak, orang lain yang dengar mesti gelak juga. 

Hmm...rindu giler kat dia. Harap satu hari nanti kita dapat berjumpa lagi.

                                                                    

November 29, 2011

CSR: Mizan Kamalina Bt Parjan

Inilah dia wajah Tuan Puteri Mizan. Dia ni boleh dikatakan sebagai seorang yang hyper dan gila-gila. Suara dia mengalahkan Tarzan. Tapi dia ni seorang penyimpan rahsia yang bagus lagi jujur dan baik hati (Mesti dia tengah kembang sekarang ni XD).Kitaorang selalu kongsi masalah dan rahsia yang hanya kita berdua sahaja yang tahu. Orang lain tak tau. Hah! Exclusive tak? Anyway, Ini serba-serbi tentang dia:

Nama: Mizan Kamalina bt Parjan
Tarikh Lahir: 15 September 1998
Sekolah:   SMK King George V
Nama Ayah: Parjan
Nama Ibu: Halimatun Saadiah
Nama Gelaran: Tarzan/Donat/Dottie/Dofu/Dofufa/Mizan/Miezan/Zan
FB: Miezan Lieyna
Blogspot: Miezanlieynapeace

Itu saja yang saya beri tentang dirinya. Nak tau lagi, lawatlah FB atau Blog die.




November 28, 2011

CSR: Ceritera Sekolah Rendah- Pengenalan

Sebelum ni saya pernah cakap yang saya akan cerita tentang sekolah rendah saya dan kehidupan di sana kan?
Sorrylah kalau tak tunaikan awal-awal. Okaylah disebabkan saya mempunyai banyak masa sekarang maka saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang CSR or Ceritera Sekolah Rendah supaya sesiapa yang membacanya akan lebih faham apa yang ditulis. Apabila tajuk utamanya seperti ini:

CSR: *Nama*  
       OR
CSR:Cerita 1#-*Tajuk*
 Itu bermakna yang post saya adalah berkaitan dengan Ceritera Sekolah Rendah. Pada post sebegini saya akan memperkenalkan seorang rakan dari SKTSP, memberi pandangan dan sedikit Biodata tentangnya atau menyampaikan satu cerita berkaitan asam garam sekolah rendah. Faham? Kalau dah faham maka nantikanlah kemunculan muka-muka warga SKTSP( Preferably ex-student) ya? Mungkin muka anda yang akan muncul. Siapa tahu? Uhuhuhu...

Lawak: Badly Broken English

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)


November 27, 2011

OMG! I Got My Obsession Back!

I Guess This Is The First Post In English. Anyway, Guess What? I Got My Obsession Back! 

What Is Obsession? Sometimes When I Watch Or Read Something That I Really Love, I Got An Obsession. And I Don't Obsess To Just Any Show Or Book, I Must Have A Great Interest To That Show/Book To Obsess About It.

When I Obsess To Something I Usually Did These Things:
*Read About It In Wikipedia/Wikia
*View Fanarts Of It
*Read Fanfictions Of It
*Find As Much Information About It
*Draw It
*And Other Crazy Stuff...

Crazy Right? That's Okay. I Know I'm A Total Lame-O. But That's Me. I'm Who I Am. Things That I Used To Obsess Is:

*Avatar:The Last Airbender
*Digimon
*Pokemon
*Smosh
*Vocaloid
*Kids Next Door
*Keroro
*Naruto
*Darren Shan
*Narnia
*Fairy Tail
*And Other That I Can't Seem To Remember

And Now, The Show That I'm Currently Obsess With Is....Dum..Dum..Dum...

Codename:Kids Next Door!!!!

I Fall In Love All Over After Re-watch Operation I.N.T.E.R.V.I.E.W.S Which Is A Very Great KND Episode. Also Its Last. And After A Long Time Without An Obsession, I Finally Got It Back. Thank You Mr.Warburton For Creating An Awesome Show. I Mean How Could You Not Love Em'?

That's All From Me Guys! Keep On Following.

Sajak: Selamat Bercuti!

Tirai persekolahan sesi 2011 kian berlabuh
Muka-muka yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan jelas terpancar .
Kegelisahan dan penantian akan berakhir
Menanti.....dan menanti.....
Debaran Di Dada...
Akhirnya, bebas. Merdeka. Gembira.
Yang hanya sementara.
Sehingga tahun hadapan kita berjumpa lagi.

Cuti Sekolah 2011

CUTI SEKOLAH 2011!!!

Waaaaaaa!!!!!!!!! Setelah Setahun Bersusah Payah Menyesuaikan Diri Di SMAPL Dan Menimba Ilmu Di Sana. Dan Mengharungi Pelbagai Cabaran Dan Peperiksaan Sewaktu Tingkatan 1 Akhirnya Ada Penamat. Oh Yeah Baby! Tapi Cuti Sekolah Kali Ini Takdelah Gi Memana. Berikut Adalah Rutin Harian Kehidupan Anak Dara Ini Di SMAPL:
*Tidur Kul 11:30pm
*Bangun Kul 4:30am
*Mandi Kul 4:40am

Dan Ini Pula Rutin Harian Di Rumah Apabila Cuti Sekolah:
*Main Computer Sampai Kul 12:00am-3:00am(Bergantung Kepada Nasib)
*Tidur (lepas habis main komputer)
*Bangun Kul 12:00pm
*Mandi Kul 2:00pm
Teruk Kan?Ahahah....Biaselah Tue...Hmm Acik Kahwin 25 Disember Ni. Its About Time! That Man Is Already 37 Years Old! Dan...Dan...Yang Teruknya Aku Kena Jadi Flowergirl! OH TIDAKKKK!!! Tak Kuasa Aku Nak Jadi Flowergirl. I'm Like, 13 Years Old For Crying Out Loud. Flowergirls Are For Babies!...OK, Maybe Aku Masih "Baby Papa" Tapi Tak Bermakna Aku Kena JadI Flowergirl.

OKAYlah...Setakat Tu Saja Saya Ber"Rant" Kat Sini....Until Next Time. Adiu!

March 16, 2011

Lagu Sekolah Rendah

SKTSP

Indah Tersergam Megah
SK Taman Seri Pagi
Berganding Tangan
Bersatu Hati
Bersama Penuntut Guru

Disini Kita Belajar
Pelbagai Bangsa Bersama
Mendukung Cita-Cita Negara
Mencapai Wawasan Kita

Marilah Kita Bersama
Majukan Sekolah Kita
Bestari, Inovasi, Dedikasi
Itulah Cogan Kita

Kami Terus Berikrar
Mengharumkan Namamu
Menuju Ke Arah Matlamat Berjaya
Bersatu Kita Bersama

 

Lagu Sekolah Menengah

SMAP LABU

1982
Ditubuhkan Dengan Harapan Waja
Dalam Cabaran, Dalam Rintangan
Akhirnya Kau Berdiri Tetap Megah

Melahirkan Anak-Anak Yang Berjaya
Kau Cemerlang Dalam Segala-Gala
Menjadi Kebanggaan Nusa Dan Bangsa
Generasimu Intelektual Ulama

Bangun Segera Bersatulah
Majukan Sekolah Menuju Jaya
Seagama, Sebangsa Dan Sealiran
Tingkatkan Kesatuan Menuju Ke Hadapan

Berilmu, Beriman Dan Beramal
Konsep Menghadapi Pembelajaran
Islam Panduan Maju Bersama
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (x2)

First Post , Fresh Start!

 Assalamualaikum! Nama Saya Cassandra. Panggil Cass. Tapi Nama Cass Telah Disalahgunakan Di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Oleh Budak-Budak Lelaki Kelas 1 Al-Farazdaq. Diorang Panggil Saya Cash, Cashier, Cat....Cukuplah Di Sekolah Rendah Sahaja Namaku Diejek.

Sekolah Rendah Ye?Teringat Pula Kisah-Kisah Lama Di Sekolah Rendah. Tentang Guru-Guru, Kawan-Kawan Dan........ Lain Kali Je Lah Cerita Pasal Sekolah Rendah. Panjang Sangat....Entah Berapa Post Baru Selesai. Next Post Nanti Saya Cerita Kisah Sekolah Rendah Saya. Suka,Duka,Tangis,Tawa....Macam-Macamlah,

Sebenarnya Saya Tak Tahu Nak Tulis Dalam Bahasa Apa. Kalau Saya, Saya Nak Tulis Dalam Bahasa Inggeris Sebab Dah Biasa. Tapi, Untuk Kemudahan Kawan-Kawanku...Saya Tulis Dalam Bahasa Melayu. Suka Tak? Tapi Hati-Hati Kerana Kadang-Kadang Saya Akan Tulis Dalam Bahasa Inggeris.Tapi Simple English la Agar Senang Difahami.

Sekian Sahaja Daripada Saya! Until Next Time....Keep On Following! Sayounara! 
 
Animated Rainbow Nyan Cat