Clicky

July 07, 2012

Dear KittyKitty: 19 April 2012 (Khamis)

Dear KittyKitty......
 Hari ini saya marah giler! Why Cass why? Sebab kena tunggu sebab tak pakai baju batik. Bukannya saya ni kerek atau nak memberontak tapi dah baju batik koyak rabak, nak pakai camne? Pastu baju batik baru siap esok. Memanglah kena pakai baju sekolah hari ini! Hmm...agak ramai juga yang tak pakai baju batik & yang pakai baju batik lama. 

Tadi kena leter hebat dengan my so-called "mama" depan Semua Budak Putera. Memanglah sangat memalukan. Please lah! Budak putera ada yang pandang belakang sambil tersenyum sinis. Nasib baik ada tafsir Quran, boleh gak cover muka. Anyway, kita skip pasal tu dan teruskan ke kelas.

Hari ini tak banyak pun yang berlaku. Waktu BAK, Ustazah Aida takde sebab sakit. Agaknya Ustazah sakit apa? Maka Umi a.k.a Puan Rosita yang ganti. Seronok pula belajar pasal yang asas. Waktu PJK, cikgu takde... Waktu Sains belajar pasal evaporation. Yang bagusnya saya tak mengantuk! Yay!

Hmm waktu rehat hantar buku kat library. Sambil tu tanyalah Kak Anisah pasal Rakan Pembaca. Hmm...kena baca lebih 100 buku baru dapat title Rakan Pembaca. Rasa nak joinlah! Tapi kena tunjuk Buku Nilam. Cis, cis, cis! Buku Nilam baru je isi sampai no.36. Sangatlah jauh dengan 100. Saya ni jenis yang tak suka tulis buku Nilam( walaupun banyak baca buku).

Waktu KH pula belajar topik pertama bab Perdagangan Form 2. Hey Cass! Module is back in town baby! Hari ini juga hantar 3 lakaran kepada Cikgu Azni. Rasa sangatlah bangga sebab selalunya saya ni jenis yang tak siap homework. Hehehe...

Lepas solat Zohor, saya naik kelas awal dan tulislah Tazkirah kat board:
-Iman is like crystal, preserve it
-Taqwa is like flood, flow it
-Love is like perfume, spread it
-Ukhwah is like umbrella, share it
And then "a certain someone" masuk kelas...dan baca Tazkirah tu. Tapi dia buat gaya sekali. Dah la pakai songkok dengan kopiah sekali, buat gaya comel pulak tu.. Alamak! Comel sangat! Tak tahan! Maka diriku yang tak tahan dengan kecomelannya terus lari ke tandas. Cis,cis,cis! And then masuk balik dalam kelas. Oppss! Mimi perasan lah. Habezzzz....

Okay, Cikgu Samad tak masuk kelas. Orang dah la berdebar-debar untuk waktu B.I. PLBS Baby! Dah la skrip PLBS tak siap lagi. Tolonglah jangan pilih saya dulu. Please, please, please! And then KTC kembali ke kelas dengan membawa satu announcement. B.I di............PSS! Fuhh.....Lega giler. Di PSS, gua bacalah buku untuk diisi dalam buku Nilam. Maka tamatlah catatan hari persekolahan untuk hari ini.Assalamualaikum World!

(Diadaptasi daripada Diari KittyKitty)

May 28, 2012

Kiroro-Mirai

Hora ashimoto wo mite goraun
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goraun
Are ga anata no mira-i

Haha ga kureta takusa-n no yasashisa
Aa-i wo idaite ayume to kurikae-shita
Ano toki wa mada osanakute
Imi nado shirana-i

So-una watashi no te wo nigiri
Ishoni ayun-de kita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowa-i ne
Dakedo oitsuzukeru no
Jibu-un no sutorii dakara koso
Akirametakuna-i

Fuan ni naru to te wo nigiri
Ishoni ayunde kita

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite gora-un
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite gora-un
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite gora-un
Are ga anata no mirai

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite gora-un
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte
Yu-ukkuri to aruite yukou

SMAPL 2012: Best Birthday Wish Ever!!

Birthday saya tahun ni adalah yang paling best sekali! Nak tau kenape? Meh saya story sikit...





Tahun ni, bila dapat tahu yang birthday saya jatuh pada hari Sabtu saya sangat kecewa. Why? Iyelah mana boleh orang sambut pada hari Sabtu. Tapi bila ingat balik ada prep pagi, sekurang-kurangnya adalah harapan sikit.



Apa? Ada kem?! Kem tersebut jatuh pada 23,24,25 Mac. Ada kem bererti tiada prep pagi, tiada prep pagi bererti tiada kelas, tiada kelas bererti tiada orang sambut. Eee sedihnye.

Untuk menambahkan lagi kekecewaanku, berita kematian Nur Akmal Zailani sampai kepadaku pada 23 Mac. Memang takde moodlah nak sambut birthday. Hmm nasib nasib.

Di kem, pada waktu malam tu kitaorang main burung hantu. Memang la seram terutamanya waktu kena tinggal sorang-sorang. Eee ngeri tapi seronok.

Seronok, seronok tengok dah habis. Sekurang-kurangnya dapat mengubati kesedihan. Pastu kita pergi makan malam dalam pukul 11:45pm di DSL(Dewan Seri Lestari)

Waktu tengah makan tu, tetiba Sufia Melati datang kat saya. "Cass, Happy Birthday!" Eh dah pukul 12 eh? Pastu Yuni datang pula dan suap saya bubur jagung sambil wish. Saya pergilah tanya Amira Fatihah, dah pukul 12 eh? Pastu Amira tanya "Birthday awak ye, Cass?" Pastu saya senyum malu-malu. Tetiba.................

Amira mula nyanyi, Happy Birthday....
Pastu satu group Kelantan nyanyi....
Pastu satu batch puteri nyanyi....
Pastu satu batch putera dan puteri nyanyi!!
Lepas habis lagu tu, batch putera nyanyi pulak lagi sekali.
Saya waktu tu dah blushing giler, iyelah satu batch nyanyi, mau tak blushing. Rasa sangat terharu.


Saya dah tutup muka dengan tudung and then ada akak yang ambil gambar saya secara personal sambil saya senyum dan pegang air. Waktu dah habis makan, saya ambil kain batik yang digunakan untuk main burung hantu tadi dantutup mulut dan hidung saya. Malam tu memang ramailah yang budak puteri yang bagi personal wish kat saya. Hihi kombang hidong den. Okaylah setakat itu jer. Kan meluat pulak orang baca. Hihi :D

February 06, 2012

Penggunaan Kau Aku + Saya Awak

Beberapa hari yang lepas saya menggunakan panggilan "Saya Awak" dengan seorang budak putera. Akibatnya? Saya kena tuduh suka budak tu. Habis tu nak panggil apa? Kau Aku? Meh saya ceritakan penggunaan Kau Aku daripada prinsip saya.

-Saya hanya menggunakan Kau Aku dengan orang yang saya rapat sahaja. Contohnya kawan baik, adik-beradik, sepupu, kawan sekolah rendah. 

-Kalau saya gunakan Kau Aku dengan budak putera tersebut maka saya dikira rapat dengan budak tu. Which is absurd. Hello? I barely even know you.

Orang-orang yang saya gunakan Kau Aku:

-Izzati
-Tuan
-Shamira
-Budak-budak SKTSP '10
-Adik-beradik
-Sepupu
-Orang yang saya marah


-Saya Awak pula digunakan untuk orang yang saya baru kenal, tak kenal sangat, orang yang terlalu baik, akak-akak, budak SMAPL, putera, cikgu, orang yang lebih tua.


-Perkataan yang baik ibarat satu sedekah.


-Saya akan terasa kalau orang yang saya gunakan Saya Awak dengan dia tapi dia gunakan Kau Aku dengan saya. Rasa macam tak sesuai.


Ok tu jelah to make things clear. Sesiapa yang terbaca benda ni harapnya korang akan faham yang saya bukannya nak menggedik dengan budak putera tersebut. Ugh tak hingin pun. Cuma cara saya berbeza dengan cara korang.


Tu sahaja. Walaupun pendek tapi I don't care. Assalamualaikum.

SMAP Labu 2012: 30 Jan - 3 Feb

Minggu Last Jan - Minggu First Feb

 Hehe..akhirnya dapat cuti lagi!! Woot! Okay, sekarang saya nak menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada minggu ini. Tak sangka pulak yang macam-macam boleh berlaku dalam masa satu minggu. Okaylah kita mulakan dengan yang pertama:


a) Peristiwa 1 - Sudut Matapelajaran


- Pada post yang lepas saya menceritakan yang saya memegang jawatan AJK 3K dalam kelas. Ok here is the situation: Saya menugaskan Farazdites untuk buat sudut matapelajaran. Denda RM1 kalau tak siap. Saya baik hati bagi tangguh. Budak putera malas. Orang desak saya suruh cepat siapkan sudut matapelajaran. Saya suruh diorang siapkan secepat mungkin. Saya kena marah balik. Saya dikata tak tegas. Ada budak kata yang tahun lepas lagi best sebab tak kena paksa. Saya tension.


Kalau korang berada di situasi ini, apa yang korang rasa? Mesti marah + tension + sedih kan? Tak mustahil satu hari nanti korang rasa nak jerit je kat satu kelas. Tahun depan rasa nak letak jawatan je. Biar orang lain yang rasa.


b) Peristiwa 2 - Pelantikan PSS


- Saya sangat gembira! Saya dapat jadi AJK Bilik Bahasa Jepun yang dibawah PSS. Hari Rabu tu ada watikah pelantikan. Hari Jumaat pulak dapat nametag ngan sijil. Yay! Orang kata boleh pinjam 3 buku dalam 2 minggu. And I was like in cloud 9. Tapi rupa-rupanya tak boleh. Privilege tu hanya boleh untuk pengawas PSS je. Sabar je lah. Tapi kitaorang tetap boleh ikut rombongan PSS ke KGV and Perpustakaan Negara. Whoopee!


c) Peristiwa 3 - What De Fish Are They Talking About?


- Hari Selasa hari tu waktu belajar PSK, kitaorang kena buat pembentangan dan lakonan tentang keluarga. Kumpulan pertama yang buat ialah kumpulan What De Fish. Waktu diorang buat pembentangan (yang sangat panjang) kitaorang (kumpulan Mardhatillah) perasan yang diorang asyik sentuh hal perempuan je. Ke itu perasaan kitaorang sahaja? Pastu bab lakonan diorang yang tak boleh bla. 

Diorang belakon menceritakan pasal keluarga yang bahagia gitu. The funny part is, Si Affiq belakon menjadi mak (yang gedik). Bila dia buat apprearance, I was like: "My God!". Memang satu kelas gelaklah. Gelak tu gelak jugak tapi bila sampai satu babak tu saya dah tak gelak. Apakah babak itu?


Affiq masuk dalam rumah dan beri kuih yang dibeli kepada Akmal dan Faris yakni anak-anaknya. Pastu dia ada tambah ayat yang lebih kurang bunyinya begini " Kuih ni Makcik Cassindra yang kasi". Dia ada sebut ayat camtu tak silap saya 3 kali:


Reaksi saya:


Kali pertama: Dia sebut nama aku ke?
Kali kedua: Aku salah dengar ke?
Kali ketiga: OKAY! HE'D JUST CROSS THE LINE!


Tapi pada kali ketiga tu dia kata lebih kurang camni " Kuih ni makcik Cassindra yang kasi, ala yang comel-comel tu dekat tepi jamban". Kalau perempuan yang normal akan blushing dan perasan dengan kata-kata tu. Tapi kalau diselidik balik ia adalah satu insult. Dan memang saya marah gila. Muka saya jadi merah sehingga sepanjang kelas saya kena tutup muka dengan buku. Saya jadi moody dan tak bercakap sepanjang waktu rehat tengah hari. Semuanya pasal ayat tu! Dan dia tak minta maaf pun. Takpelah budak puteri dah rancang nak serang balik. What you give you get back.


Okeylah tu jelah nak citer. Sebenarnya banyak lagi tapi setakat ni je lah. Tangan pun dah malas nak menulis. Kalau awak berjaya baca sampai sini maka saya tabik awak.


Sekian sahaja celoteh kali ini. Assalamualaikum. Tak jawab dosa! ;)

January 22, 2012

SMAP Labu 2012: Kisah Seorang AJK 3K 2 Al-Farazdaq

 "SMAP LABU 2012"
Huaaaaa!!!!!!!!!

Seperti yang kita tahu sesi persekolahan 2012 sudah mula sejak 4 Januari yang lalu (saya yang terlambat nak post hehe)  Maknanya cuti sekolah selama satu bulan tu dah habis dan saya kena balik ke SMAPL....Yeahh......

Anyway, the main point of this post is that I nak citer pasal tahun baru saya di SMAPL sebagai pelajar tingkatan 2. Bangga baii... Jadi saya akan buat beberapa siri pasal SMAPL yang bertajuk " SMAP Labu 2012". Now we move on to the first installment of the series.....

Okay so tahun ni saya pegang jawatan kat dalam kelas iaitu AJK 3K( Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan, Kebersihan dan Kekemasan) Sebelum ni saya tak pernah pun pegang apa-apa jawatan yang melibatkan kelas jadi tahun ni macam excited sikit la. Ngeee!

So bila first time dapat pegang jawatan maka saya akan buat yang terbaik untuk mendapatkan kepercayaan orang yang saya ni boleh diharap. Tapi mungkin saya jadi terlalu serious atau lebih-lebih? That, I don't know. 

Tapi susah jugaklah kalau budak-budak tu tak bagi kerjasama. Okay, secara jujur saya pernah menangis sebab diorang tak kasi kerjasama dan saya jenis orang yang susah nak titiskan air mata. Tapi saya tetap bertahan walaupun banyak kerja yang perlu dibuat. Cassandra this...Cassandra that....blah blah!

AJK 3K budak putera ( Hassan ) bukannya buat apa sangat pun. So, kebanyakan tugas keceriaan diberi pada saya. Bertuah punya budak. Takpe nanti saya akan try pikirkan cara untuk paksa dia buat kerja. Ngeehehehe....

Apa yang saya dah buat untuk kelas? Let's see...Saya kena: 

Fikir tentang konsep hiasan kelas. 
Barang apa yang perlu dibeli. 
Berapa kuantitinya. 
Warnanya apa. 
Orang setuju ke tidak. 
Siapa yang perlu ditugaskan. 
Orang yang ditugaskan setuju ke tidak. 
Fikir dan reka hiasan-hiasan kelas. 
Beli barang-barang hiasan
Tugaskan dan jelaskan tentang sudut matapelajaran.
Pantau orang yang telah diberi tugas berkaitan keceriaan.
Suruh orang yang bertugas kemas kelas supaya membersihkan kelas
Dan lain-lain....

Fuhh.....Penatkan? Tu tak tambah lagi kerja sekolah yang berlambak. Aiyaa...tapi dah ini tanggungjawab saya dan setiap orang akan dipersoalkan tanggungjawabnya. Maka kita perlu redha. Saya pun terubat kepenatan bila orang memberi kerjasama dan tidak membantah. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang ditanggung. Tapi memang pernah adalah orang yang tak puas hati. If only she'd been in my shoes.

Anyway, enough ranting for today. Kepada sesiapa yang membaca sampai ke sini maka tahniah dan terima kasih kerana sanggup mendengar celoteh saya. Dan ingatlah untuk menjalankan amanah yang diberi. Terimalah segalanya dengan hati yang ikhlas.

Sekian sahaja daripada saya yang suka mengarut. Adieu!

December 25, 2011

CSR:Nurul Ainun Amni Hasanah bt Othmarani

Amni
Nama: Nurul Ainun Amni Hasanah bt Othmarani
Tarikh Lahir:10 Februari
Tempat Tinggal: Taman Seri Pagi
Sekolah: SMK Seri Pagi
E-mail: amni_othmarani@yahoo.com
Facebook:Nurul Ainun Amni Othmarani 

Amni..Amni..Amni.......Salah satu nama yang susah nak dilupakan waktu sekolah rendah. Kenape? Pengenalan: Saya mula berkawan dengan Amni sejak darjah 1. Kitaorang bagai isi dengan kuku. Asyik berkepit sepanjang masa. Kekadang rimas jadinya. Seperti orang suruhan, buat tu buat ni. Nak bantah? Tak berani. Mental dan Fizikal kena dera. Singa betina, mak tiri itulah gelarannya.

Tapi sejak masuk Tahap 2, hubungan kami makin renggang. Kalau dulu nak kawan dengan orang lain pun takboleh, kini aku bebas nak kawan dengan satu kelas. Tidak lagi ke hulu ke hilir bersama-sama. Aku dengan orang lain, dia dengan kawan dia. Hooray! Merdeka! 

Sejak masuk tahap 2 juga, perangai dia mula berubah sikit demi sedikit. Tidak lagi singa garang dan queen control. Dia jadi semakin baik. Tak heranlah kalau aku mula suka balik kawan dengan dia. Waktu pergi MITC Melaka duduk bersama. Siap bergurau senda sekali. Kecuali aku yang asyik terkena balik :P

Oklah sampai di sini sahaja coretan kali ini. Anda dipersilakan untuk beri pendapat siapa orang yang seterusnya dalam siri CSR. 

December 23, 2011

Ceq Nak Pi Kedah

Hari ini hari Jumaat bersamaan 24 Disember 2011. Ini bermakna besok 25 Disember. Siapa tau apakah hari penting pada 25 Disember? Krismas?? Oh tidak, Krismas saya tak sambut. Tapi apa yang saya sambut pada 25 Disember besok ialah hari perkahwinan pakcik saya iaitu Shanizaman Sharif bersama bakal makcik saya, Hasmayati Abu Bakar.

Bakal auntie saya adalah orang Utara a.k.a Kedah. So besok pagi kami sekeluarga kena bertolak dari Seremban ke Kota Sarang Semut(Kedah). Perjalanan mungkin mengambil masa 8 jam atau kurang. So besok if you need me, I won't be there okay.

Anyway kitaorang akan tidur di sana selama 1 malam. Takkan nak berlama-lama pulak? Yang tak sukenye kena pek baju. Mama dah siap kata dah baju apa yg nak dibawa. Baju tidur 1, Baju kurung 2, Baju blah blah blah......Redha je.


Okaylah...setakat tu saja dari saya hari ni. Nanti kalau dah balik Kedah nanti mungking ade new post ke. Ceq tengah nak siapkan Siri CSR Nombor 3. Orangnya? Huhuhu...rahsia tapi dia salah seorang yang sangat popular. Pandai bercerita dan garang orangnya. Dah dapat? Belum? Sabar je lah yer.

December 15, 2011

Killing Game - Killing The Killer

Baru-baru ni, dua orang kawan saya tag saya untuk satu post di blog mereka. Kalau nak tengok post tu klik di sini dan sini. Post itu bertajuk Killing Game. Here are the rules:

  *Da Rulez:
-Anda perlu post peraturannya.
-Setiap orang perlu post 11 sesuatu tentang dirinya
-Anda perlu jawab soalan orang yang men'tag' awak
-Anda perlu cipta 11 soalan untuk orang yang anda tag perlu jawab
-Pergi ke page diorang dan beritahu mereka yang anda sudah tag mereka
-Takleh tag balek ;D

 *11 Things About Me:

-Saya suke main game. As in suke GILER GILER.
-Saya suke buat lawak (walaupun hambar :'( )
-Saya ni nocturnal( suka berjaga malam ) dan kekadang leh jaga sampai kul 4:00 pagi.(paling lewat kul 7:00 pagi)
-Saya ada diari kartun Domo. Kalau saya nak mula tulis saya mulakan dengan "Dear Domo Domo"
-Warna kegemaran saya ialah Biru dan Pink. ^o^
-Saya suka melukis. Tapi saya rasa lukisan saya buruk GLER. 
-Tulisan saya macam cakar ayam tapi kalau nak bandingkan ngan tahun lepas, lagi baik lah...
-Saya suke membaca. Kat SMAPL saya dpt anugerah peminjam terbanyak kat perpustakaan. Bangga bangga.....
-Saya ada penyakit asthma. Tulah saya takleh nak lari..:'(
-Saya ni suke tengok fanart dan baca fanfiction. Beshh sgt
-Saya.Benci.Shopping.Dan.Allergic.Dengan.Kucing
Okay mari kita jawab soalan-soalan mereka:

=Killer Questions From Mizan=

1. Apakah yang anda akan lakulan ketika anda bosan? Huraikan kenape buat bende tu.

=Kalau saya busan, saya akan main game, buli adik, baca novel, baca fanfiction dan tengok fanarts atau video kat Youtube. Why? Because its freaking awesome!=

2.Kalau anda suke seseorang tu, apakah yang anda akan lakukan?

=Kalau saya suka seseorang, saya akan jadi stalker dia dan cuba ambil tau pasal dia. Paling teruk pun saya hafal no plat kereta dia. Haha G-I-L-A kan? Neh tipu je..kalau saya suke seseorang tu saya akan tunjukkan secara senyap seperti tolong dia study=

3.Kalau anda dikahwin paksa, apakah yang anda akan lakukan? Bantah atau teruskan tanpa sebarang kata?

=Kita perlu faham yang setiap orang ada hak dan privasi dan kita berhak untuk menyuarakannya. Kalau takleh maka redha dengan jodoh kita. Mana tau kita akan bercinta selepas berkahwin?=

4.Pernahkah anda terfikir untuk pulang ke zaman kanak-kanak? Bagi sebab.

=Kalau jadi kanak-kanak ni macam takde masalah. Takde sekolah, takyah buat chores, leh main ngan makan gula-gula. Orang manjakan, orang sayang=

5.Anda benci dekat seorang budak lelaki tu, pada suatu hari, dia merayu untuk bercouple dengan anda. Apa yang anda akan lakukan?

=Ugh, no way. Kena reject lah mamat tersebut=

6. Azam anda apa untuk tahun depan?

=Nak masuk balik dlm top 10! Dan tak nak procrastinate lagi= 

7.Pernah merajuk dengan parents anda? Kenapa?

=Err....ada banyak sebab. Tak tau nak taip yang mana=

8.Jika anda menjadi kartun, kartun apa yang anda nak jadi?

 =Upinlah! Sebab hidup dia cuma seronok, seronok, seronok dan BAM! Kene lempang ngan Kak Ros=

9.Anda pernah bercinta?Seronok tak?

=Okay...saya tak pernah bercinta. so HAH!= 

10.Apakah kelemahan anda? dan apa kelebihan anda?

=Kelemahan: Mulut laser ( since 2010 )
Kelebihan: Badan cukup sifat. Ada mama & papa yang caring. Kawan yang fantastic.=

11.Anda rasa bila anda sudah besar, boleh ke anda menjaga mak ayah anda seperti mereka menjaga anda waktu kecil?

=InsyaAllah.....kalau saya mampu dan umur saya panjang= 


=Killer Questions From Hijazz=

1.Sape BF/GF kau?

=Eishh...takkan tak kenal Mr.Nobody kot?=

2.Adakah kau ni pemalas? Sebab.

=Ok, saya memang pemalas tahap gaban and it doesn't need a reason=

3.Kau geli Lipas/Lipan/Cicak/Kucing tak? Sebab.

=Lipas & Lipan tak geli sangat. Kucing ye sebab trauma selepas kaki pernah cakar dek kucing waktu umur 5 tahun. Cicak sebab dia lembik kalau dipicit, YUCK!=

4.Siapa org yang kau benci? Klau ade FB kasi link

=Bencibencibenci......ramai jugaklah tapi tak nak bagitau nanti lagi rosak hubungan=

5.Kau Mata Duitan Tak?

=Oh yes! Money makes the world go round!=

6.Kau ni Pemarah? Sebab?

=When people pissed me off, I get really mad=

7.Kau ni kaki shopping?

=Oh tidak sama sekali. Shopping adalah benda paling benci. Kalau mama ajak shopping mesti ngeliat tak nak ikut=

8.Barang ape yang kau suke? Sebab?

=Mestilah my Nintendo DS Lite. Sebab my Pokemon is in there!=

9.Adakah kau ni "KIDDOS" lagi?(Suke tgk citer kartun) 

=Yes, yes I am (Ayat tiru citer Phineas And Ferb)

10.Adakah kau ni kaki online? Sebab.

=Of course lah brader. Saya leh online sampai kul 4 pagi kottt!=

11.Kalau kau suke orang tu ape reaksi kau?

a.I LOVE YOU
b. Yayang jom kawen cepat nak

=Mestilah A. Seperti yg kita tahu, lelaki tak suka dipaksa. Dan saya bukan jenis yang mengeluarkan ayat-ayat gedik seperti B= 

Sekian sudah saya menjawab Killer Questions daripada 2 org kawan saya. Kini saya pulak yang kasi Killer Questions.

>Cass's Killer Questions<

1. Kalau anda org Islam maka tulis Rukun Islam
2. Apakah pengalaman anda yang paling memalukan?
3.Game apa yang anda paling suka?
4.Siapakah cinta pertama anda?
5. Nyatakan alahan anda.
6.Pernah tak anda mencederakan atau tercederakan seseorang sampai berdarah?
7.Apakah pendapat anda tentang Kiamat 2012? Percaya? Tahyul?
8.Adakah anda menutup aurat kalau keluar rumah? 
9.Kalau anda pergi shopping, kedai apa yang anda pergi dulu?
10.Ada ke orang benci awak?
11. Tulis salah satu rahsia besar awak

Orang yang terpilih ialah......jengjengjeng.........

  Tasha-Irdina-Naqibah-Anis.F-Nisaq-Mizan-Hijazz

December 14, 2011

Game On!: Happy Wheels Horror

Game On! Series

Apabila korang dengar game Happy Wheels apa yang korang fikir? Game tu seronok? Gembira? Untuk budak-budak? Hehe....Seronok tu memang betul. Gembira dan untuk budak-budak? Oh salah sama sekali....

Untuk pengetahuan korang semua, Happy Wheels adalah sebuah game dimana korang akan mati dan cedera banyak kali apabila korang cuba ke garisan penamat. Mula-mula korang pilih level yang korang nak pastu pilih karakter yang korang suke( kekadang takde so korang redha jer) and then Hell Begins!




Don't we just love gory games? Well I do! Anyway tu jelah post hari ni. Kalau nak try main click the link above. Toodles!



 
Animated Rainbow Nyan Cat