Clicky

January 22, 2012

SMAP Labu 2012: Kisah Seorang AJK 3K 2 Al-Farazdaq

 "SMAP LABU 2012"
Huaaaaa!!!!!!!!!

Seperti yang kita tahu sesi persekolahan 2012 sudah mula sejak 4 Januari yang lalu (saya yang terlambat nak post hehe)  Maknanya cuti sekolah selama satu bulan tu dah habis dan saya kena balik ke SMAPL....Yeahh......

Anyway, the main point of this post is that I nak citer pasal tahun baru saya di SMAPL sebagai pelajar tingkatan 2. Bangga baii... Jadi saya akan buat beberapa siri pasal SMAPL yang bertajuk " SMAP Labu 2012". Now we move on to the first installment of the series.....

Okay so tahun ni saya pegang jawatan kat dalam kelas iaitu AJK 3K( Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan, Kebersihan dan Kekemasan) Sebelum ni saya tak pernah pun pegang apa-apa jawatan yang melibatkan kelas jadi tahun ni macam excited sikit la. Ngeee!

So bila first time dapat pegang jawatan maka saya akan buat yang terbaik untuk mendapatkan kepercayaan orang yang saya ni boleh diharap. Tapi mungkin saya jadi terlalu serious atau lebih-lebih? That, I don't know. 

Tapi susah jugaklah kalau budak-budak tu tak bagi kerjasama. Okay, secara jujur saya pernah menangis sebab diorang tak kasi kerjasama dan saya jenis orang yang susah nak titiskan air mata. Tapi saya tetap bertahan walaupun banyak kerja yang perlu dibuat. Cassandra this...Cassandra that....blah blah!

AJK 3K budak putera ( Hassan ) bukannya buat apa sangat pun. So, kebanyakan tugas keceriaan diberi pada saya. Bertuah punya budak. Takpe nanti saya akan try pikirkan cara untuk paksa dia buat kerja. Ngeehehehe....

Apa yang saya dah buat untuk kelas? Let's see...Saya kena: 

Fikir tentang konsep hiasan kelas. 
Barang apa yang perlu dibeli. 
Berapa kuantitinya. 
Warnanya apa. 
Orang setuju ke tidak. 
Siapa yang perlu ditugaskan. 
Orang yang ditugaskan setuju ke tidak. 
Fikir dan reka hiasan-hiasan kelas. 
Beli barang-barang hiasan
Tugaskan dan jelaskan tentang sudut matapelajaran.
Pantau orang yang telah diberi tugas berkaitan keceriaan.
Suruh orang yang bertugas kemas kelas supaya membersihkan kelas
Dan lain-lain....

Fuhh.....Penatkan? Tu tak tambah lagi kerja sekolah yang berlambak. Aiyaa...tapi dah ini tanggungjawab saya dan setiap orang akan dipersoalkan tanggungjawabnya. Maka kita perlu redha. Saya pun terubat kepenatan bila orang memberi kerjasama dan tidak membantah. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang ditanggung. Tapi memang pernah adalah orang yang tak puas hati. If only she'd been in my shoes.

Anyway, enough ranting for today. Kepada sesiapa yang membaca sampai ke sini maka tahniah dan terima kasih kerana sanggup mendengar celoteh saya. Dan ingatlah untuk menjalankan amanah yang diberi. Terimalah segalanya dengan hati yang ikhlas.

Sekian sahaja daripada saya yang suka mengarut. Adieu!

No comments:

Post a Comment

 
Animated Rainbow Nyan Cat