Clicky

February 06, 2012

Penggunaan Kau Aku + Saya Awak

Beberapa hari yang lepas saya menggunakan panggilan "Saya Awak" dengan seorang budak putera. Akibatnya? Saya kena tuduh suka budak tu. Habis tu nak panggil apa? Kau Aku? Meh saya ceritakan penggunaan Kau Aku daripada prinsip saya.

-Saya hanya menggunakan Kau Aku dengan orang yang saya rapat sahaja. Contohnya kawan baik, adik-beradik, sepupu, kawan sekolah rendah. 

-Kalau saya gunakan Kau Aku dengan budak putera tersebut maka saya dikira rapat dengan budak tu. Which is absurd. Hello? I barely even know you.

Orang-orang yang saya gunakan Kau Aku:

-Izzati
-Tuan
-Shamira
-Budak-budak SKTSP '10
-Adik-beradik
-Sepupu
-Orang yang saya marah


-Saya Awak pula digunakan untuk orang yang saya baru kenal, tak kenal sangat, orang yang terlalu baik, akak-akak, budak SMAPL, putera, cikgu, orang yang lebih tua.


-Perkataan yang baik ibarat satu sedekah.


-Saya akan terasa kalau orang yang saya gunakan Saya Awak dengan dia tapi dia gunakan Kau Aku dengan saya. Rasa macam tak sesuai.


Ok tu jelah to make things clear. Sesiapa yang terbaca benda ni harapnya korang akan faham yang saya bukannya nak menggedik dengan budak putera tersebut. Ugh tak hingin pun. Cuma cara saya berbeza dengan cara korang.


Tu sahaja. Walaupun pendek tapi I don't care. Assalamualaikum.

SMAP Labu 2012: 30 Jan - 3 Feb

Minggu Last Jan - Minggu First Feb

 Hehe..akhirnya dapat cuti lagi!! Woot! Okay, sekarang saya nak menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada minggu ini. Tak sangka pulak yang macam-macam boleh berlaku dalam masa satu minggu. Okaylah kita mulakan dengan yang pertama:


a) Peristiwa 1 - Sudut Matapelajaran


- Pada post yang lepas saya menceritakan yang saya memegang jawatan AJK 3K dalam kelas. Ok here is the situation: Saya menugaskan Farazdites untuk buat sudut matapelajaran. Denda RM1 kalau tak siap. Saya baik hati bagi tangguh. Budak putera malas. Orang desak saya suruh cepat siapkan sudut matapelajaran. Saya suruh diorang siapkan secepat mungkin. Saya kena marah balik. Saya dikata tak tegas. Ada budak kata yang tahun lepas lagi best sebab tak kena paksa. Saya tension.


Kalau korang berada di situasi ini, apa yang korang rasa? Mesti marah + tension + sedih kan? Tak mustahil satu hari nanti korang rasa nak jerit je kat satu kelas. Tahun depan rasa nak letak jawatan je. Biar orang lain yang rasa.


b) Peristiwa 2 - Pelantikan PSS


- Saya sangat gembira! Saya dapat jadi AJK Bilik Bahasa Jepun yang dibawah PSS. Hari Rabu tu ada watikah pelantikan. Hari Jumaat pulak dapat nametag ngan sijil. Yay! Orang kata boleh pinjam 3 buku dalam 2 minggu. And I was like in cloud 9. Tapi rupa-rupanya tak boleh. Privilege tu hanya boleh untuk pengawas PSS je. Sabar je lah. Tapi kitaorang tetap boleh ikut rombongan PSS ke KGV and Perpustakaan Negara. Whoopee!


c) Peristiwa 3 - What De Fish Are They Talking About?


- Hari Selasa hari tu waktu belajar PSK, kitaorang kena buat pembentangan dan lakonan tentang keluarga. Kumpulan pertama yang buat ialah kumpulan What De Fish. Waktu diorang buat pembentangan (yang sangat panjang) kitaorang (kumpulan Mardhatillah) perasan yang diorang asyik sentuh hal perempuan je. Ke itu perasaan kitaorang sahaja? Pastu bab lakonan diorang yang tak boleh bla. 

Diorang belakon menceritakan pasal keluarga yang bahagia gitu. The funny part is, Si Affiq belakon menjadi mak (yang gedik). Bila dia buat apprearance, I was like: "My God!". Memang satu kelas gelaklah. Gelak tu gelak jugak tapi bila sampai satu babak tu saya dah tak gelak. Apakah babak itu?


Affiq masuk dalam rumah dan beri kuih yang dibeli kepada Akmal dan Faris yakni anak-anaknya. Pastu dia ada tambah ayat yang lebih kurang bunyinya begini " Kuih ni Makcik Cassindra yang kasi". Dia ada sebut ayat camtu tak silap saya 3 kali:


Reaksi saya:


Kali pertama: Dia sebut nama aku ke?
Kali kedua: Aku salah dengar ke?
Kali ketiga: OKAY! HE'D JUST CROSS THE LINE!


Tapi pada kali ketiga tu dia kata lebih kurang camni " Kuih ni makcik Cassindra yang kasi, ala yang comel-comel tu dekat tepi jamban". Kalau perempuan yang normal akan blushing dan perasan dengan kata-kata tu. Tapi kalau diselidik balik ia adalah satu insult. Dan memang saya marah gila. Muka saya jadi merah sehingga sepanjang kelas saya kena tutup muka dengan buku. Saya jadi moody dan tak bercakap sepanjang waktu rehat tengah hari. Semuanya pasal ayat tu! Dan dia tak minta maaf pun. Takpelah budak puteri dah rancang nak serang balik. What you give you get back.


Okeylah tu jelah nak citer. Sebenarnya banyak lagi tapi setakat ni je lah. Tangan pun dah malas nak menulis. Kalau awak berjaya baca sampai sini maka saya tabik awak.


Sekian sahaja celoteh kali ini. Assalamualaikum. Tak jawab dosa! ;)
 
Animated Rainbow Nyan Cat